malam tu lepas habis kelas hubungan etnik, sambil-sambil tunggu bas, sempat lagi kami posing di dataran penyu..Ini antara aksi-aksi kami yang sempat dirakam...:p saya..
Wednesday, October 21, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Tioman..menggamit memori (2)..seronoknya main air!!!
Alang-alang dah sampai Tioman, tak lengkap rasanya kalau tak menyelam..wahhh..syoknya..so, lepas habis program,kami pergi buat aktiviti snorkerling..memang best sebab saya memang takut dengan air tapi kalau tak cuba, rugi pula nanti..Bila dah nak masuk dalam air, semua tak nak balik,hehe..saya?hopefully, dapat datang sini lagi..seronok dan satu pengalaman yang baru..
saya dan Dilla..
Tioman....menggamit memori..
Adik-adik fasi saya..
2009 merupakan tahun yang paling seronok semasa saya di semester 2 di UTHM. Pada waktu tu, untuk melengkapkan tugasan subjek koko, kami telah memilih untuk membuat projek khidmat masyarat dan Tioman menjadi pilihan kami. Ternyata pengalaman ini sangat bermakna dan menyeronokkan. Menjadi fasilitator untuk adik-adik di SK Tekek and SMK Tekek adalah pengalaman yang sukar dilupakan...
Friday, October 9, 2009
Keluarga yang dirindui..
Jiwaku..hatiku..
Assalamualaikum..
Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu kenapa saya mencipta blog ini, apa yang nak dicerita, apa yang nak di khabarkan dan apa yang saya nak mengarut kat sini..Tapi minat mendalam terhadap bidang penulisan kreatif membuatkan saya terfikir bagaimana kalau saya menjadikan blog ini sebagai tempat untuk saya memuatkan hasil-hasil penulisan kreatif saya..Idea yang agak bagus..:)..Maka terciptalah blog ini iaitu Mirza nur. Sebenarnya nama mirza nur ini ada rahsianya..begini..nama ini adalah gabungan nama saya iaitu hafizah dan buah hati kesayangan iaitu amir, maka wujudlah mirza dan nur itu adalah sebagai penyeri..Mungkin blog ini tidak sebagus blog-blog lain dan karya-karya kreatif saya tidak sehebat penulis-penulis tersohor dunia namun saya percaya jika minat digandingkan dengan usaha dan rajin, mana tahu mungkin suatu hari nanti saya bakal mencipta nama sendiri..InsyaAllah..doa-doakan moga impian saya ini tercapai..
Subscribe to:
Posts (Atom)